


Ahli mikrobiologi kenali 'makhluk halus' secara saintifik
BIDANG mikrobiologi adalah salah satu cabang dalam sains kaji hayat. Bidang mikrobiologi merangkumi makhluk halus dan seni seperti bakteria, virus, protozoa dan yis. Ia adalah satu ilmu untuk memberi manusia kefahaman tentang agen hayat yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
Lulusan di bidang ini tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan kerana permintaan sumber manusia di bidang ini sangat memberangsangkan.
Malah, peluang kerjaya bidang ini banyak terdapat di negara ini. Misalnya, anda boleh bertugas sebagai ahli kaji kuman di hospital-hospital atau pusat-pusat perubatan, sebagai penyelidik dalam bidang perlindungan tumbuh-tumbuhan dan mikrobiologi industri.
Selain itu ialah sebagai juru runding dalam industri rawatan air buangan, pengawal kualiti industri makanan serta dalam industri farmaseutikal.
Lulusan ini juga boleh bekerja di bidang pendidikan seperti guru dan pensyarah universiti. Pada masa ini beberapa universiti tempatan menawarkan kursus ini di peringkat sarjana muda iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Di UKM, bidang ini ditawarkan oleh Fakulti Sains Hayat; UM di Fakulti Sains; USM di Pusat Pengajian Sains Kajihayat dan UPM di bawah Program Bacelor Sains. Daripada segi syarat kemasukan, terdapat beberapa cara yang boleh diikuti.
Cara pertama: Selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), anda boleh memohon mengikuti program diploma sains atau yang berkaitan di universiti tempatan yang disebut di atas selama tiga tahun.
Anda perlu mendapat keputusan SPM yang baik serta mendapat sekurang-kurangnya lima kepujian termasuk bahasa Melayu, matematik dan satu mata pelajaran sains.
Tempoh pengajian di peringkat diploma mengambil masa tiga tahun. Selepas itu, anda boleh memohon untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda di universiti seperti yang disebutkan di atas. Tempohnya di antara dua hingga tiga tahun.
Cara kedua: Anda juga boleh melanjutkan pengajian terus ke peringkat sarjana muda sekiranya anda mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Anda perlu lulus STPM dengan mendapat prinsipal dalam pengajian am, biologi dan kimia. Anda juga perlu lulus SPM dan kepujian bahasa Melayu. Tempoh pengajian di peringkat sarjana muda ialah tiga tahun.
Untuk menjadi seorang saintis dalam bidang ini, anda perlu memperoleh ijazah sarjana muda di bidang mikrobiologi serta perlu membuat banyak penyelidikan dan memberi sumbangan dalam bidang ini sebelum boleh diiktiraf sebagai saintis mikrobiologi.
Virologi – pakar kesan penyakit
VIROLOGI adalah kajian yang merangkumi pelbagai aspek virus yang boleh menyebabkan berbagai-bagai jenis penyakit pada manusia dan haiwan.
Virologi adalah salah satu cabang dalam sains bioperubatan.
Terdapat banyak virus dari yang ringan seperti selsema kepada yang berat seperti AIDS dan yang terbaru coronavirus yang menyebabkan penyakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).
Ahli virologi adalah mereka yang mempunyai kelulusan dan kepakaran dalam bidang biologi.
Memandangkan virologi melibatkan bidang kajian dan penyelidikan, persekitaran kerja bagi seorang saintis virologi kebanyakannya melibatkan kerja-kerja makmal.
Malah pengalaman di dalam makmal-makmal kajian sebenarnya sangat penting bagi seorang saintis virologi.
Selain bekerja di dalam makmal-makmal penyelidik, seorang saintis yang mempunyai kepakaran dalam bidang virologi ini juga diperlukan di Bahagian Epidemiologi dan Kawalan Penyakit di Kementerian Kesihatan.
Peranan penting seorang saintis virologi di bahagian ini ialah untuk memantau dan mengawal merebaknya penyakit-penyakit berjangkit.
Satu lagi elemen penting dalam bidang virologi ini ialah epidemiologi iaitu kajian bagaimana penyakit berjangkit daripada seseorang kepada seseorang.
Tanpa pengetahuan dalam bidang ini, seseorang saintis itu tidak boleh memahami bagaimana mengawal sesuatu virus atau bakteria.
Seperti biasa, jika anda berminat untuk menceburi bidang ini, anda perlulah mempunyai asas yang kuat dalam bidang sains terutamanya dalam bidang biologi.
Terdapat banyak universiti awam di negara ini yang menawarkan pengajian dalam bidang ini.
Antaranya ialah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Sains Malaysia (USM).
Kebanyakan program virologi ini ditawarkan sama ada di bawah fakulti sains hayat, sains biologi ataupun sains bioteknologi.
P/S: Mana satu yang sesuai ngan aku ni?.. Confuse tul larh
Aku x tau nk pilih kerjaya apa? tapi yng pasti aku nk jd saintis!!!
Aku x tau nk pilih saintis dlm bidang apa?....
Arghhh helppp meeee!!!!!
Saturday, September 4, 2010
Artrikel Tentang Kerjaya Aku ( tapi x confirm lagi hehe...)
Posted by Fieka ^_^ at 10:37 AM
Labels: Confuse person
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comments:
hahahaha.
pilih kerjaya yang sesuai la dgn kau.
jgn pening2kan kepala sbb nanti dah lama2 kau tau la nk jdi ape.hehehe :D
Post a Comment